Friday, July 8, 2011

Sijil perakuan nikah & Kad nikah Selangor

Salam Jumaat :)

Steps untuk buat kad nikah.



First thing, pergi collect sijil perakuan nikah dekat Pejabat Agama Islam Daerah tempat bernikah. In my case, I collected at Pejabat Agama Islam Daerah Gombak (Keramat). I did read somewhere, sijil perakuan nikah kena ambil sendiri. Suami tak boleh ambilkan untuk isteri and vise versa except ada surat wakil dari suami/isteri.

Lepas ambil sijil boleh terus pergi ke Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam untuk buat permohonan kad nikah. Sampai di Bangunan Sultan Idris Shah, ambil kad pelawat dulu dekat bawah sebab untuk access ke Pejabat Bahagian Perundangan Keluarga kena ada access card. Kitorang terlupa nak ambil hari tu, menonong je ke Menara Selatan dan terus ke Tingkat 4. Nasib baik ada pasangan yang ada access kad nak masuk sekali.

Sampai kaunter, isi borang dan serahkan dokumen-dokumen yang diperlukan bersama RM40 untuk 2 kad suami isteri. Lepas bayar nanti dia bagi resit dan kad boleh diambil lepas 5 hari berkerja. Kalau tak sempat ambil kad, suruh wakil ambilkan pun boleh dengan syarat bawak resit bersama.

Permohonan kad nikah memang kena buat kat sini je, tak boleh buat kat mana-mana PAID. Sila berpakaian sopan semasa pergi ke PAID & JAIS, yang perempuan tak perlu berbaju kurung. Pakai seluar, berbaju longgar pun dah okay tapi wajib berlitup :)


Dokumen yang diperlukan:
Bawa salinan sijil perakuan nikah
1 keping gambar berukuran IC (suami)
1 keping gambar berukuran IC (isteri)

* Gambar suami tak semestinya bersongkok tapi gambar isteri diwajibkan bertudung.



Alamat:
Bahagian Perundangan Keluarga,
Jabatan Agama Islam Selangor,
Tingkat 4, Menara Selatan,
Bangunan Sultan Idris Shah,
Persiaran Masjid Bukit SUK,
Shah Alam.

* Landmark - Opposite Masjid Negeri

2 comments:

LisaLisut said...

thanks for sharing nadia.even tho i nikah kat seremban n nt kene daftar n buat kad nikah kat seremban la kan.hmmm.i rs laki mmg takperlu pn pakai songkok..tp xpelah.tunang i dh amik gmbr brsongkok dh cuma size dia kecik gila pulak gmbr tu.tkt kene reject.mcm2 la.standardize size gmbr bole x?wpn dia kata size lesen tp ade kedai gmbr yg assume size passport ade yg kata size lesen mmg lg kecikkk gile.(pening) takpe la i just wait n see.

oh i dgr pasal yg sjil nikah kene ambik sdnri tp kad tu bole wakilkan.faham sudah.thx :)

Nadia Hamdan said...

lisa - i submit gambar size ic tau (real size mcm kt mykad). mmg kecik comel je bukan gambar size passport. i guess nnt dia scan and resize balik kot. so x kisah lah gambar tu size apa.. janji ada gambar.