Wednesday, May 18, 2011

Solemnization

Rombongan pengantin lelaki

Majlis pernikahan sepatutnya dijalankan pada pukul 10 pagi tapi disebabkan oleh hal-hal yang tak dapat dielakkan, rombongan pengantin lelaki sampai pada pukul 10.45pagi. 45 minit lewat dari waktu yang dijadualkan, nasib baik tok kadi takde hal lain kalau tak mesti dah kena tinggal dek tok kadi sebab lambat. Biasalah, kita hanya merancang Allah yang menentukan. Things happens.

Mungkin sebab lambat, tok kadi sekolahkan kitorang sedikit lama. Lama tok kadi tu membebel bagi nasihat, naik kebas kaki duduk bersimpuh. Majlis yang dijadualkan tamat pada pukul 11 pagi, tamat pada pukul 11.45 pagi. Inilah risiko yang harus diambil kalau pernikahan dan persandingan dilakukan dalam satu hari.

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, saya sah menjadi seorang isteri.


Bersama pengapit yang setia :)

Selepas bacaan doa, majlis membatalkan air sembahyang dilakukan dengan ringkas dan tetamu terus dijemput untuk menjamu selera sementara pengantin menyambung sesi fotografi dengan kadar yang pantas. Nasib baik dapat photographer yang tegas, kalau tak mesti lagi lambat.

Mini dais was diy, personally done by my aunties, uncles and siblings. What a great team I have :)


Lepas nikah all my family members rushing to Perangsang Templer sebab tetamu dijangkakan mula datang pada pukul 12pm. Ambil gambar mana yang sempat je. Family pengantin lelaki berehat di rumah wan dan dihidangkan dengan kuih-muih dan minuman sementara nak tunggu pengantin siap.



Lepas pengantin siap, terus semuanya ke Perangsang Templer untuk majlis persandingan.

No comments: