Friday, September 23, 2011

Review : Hantaran

Salam Jumaat,

Semangat nak update ni tapi takde idea. After check my draft entries baru perasan I tak pernah publish entry pasal hantaran. Draft dah berbulan buat tapi publishnya tidak. Adoi.

Lambatnya la I review wedding ni. Almost 5 months tak settle lagi. Inai pun dah habis. Haha.

Anyway, both our hantaran (gift trays) was diy. Hantaran from me to him was done by my aunty, Acik and myself, while his hantaran from him to me was done by his sister, Kak Ani.

Alhamdulillah, rezeki murah masa penyediaan hantaran ni :)


From her to him (11 trays):

Sirih junjung. Bunga beli 2 days before wedding kat Floristika, Bangsar and personally done by myself at 5am, in the morning of akad nikah. Bangun je dari tidur, masa tu azan subuh pun belum lagi, terus buka inai, bersihkan tangan dan terus arrange bunga untuk sirih junjung. Nasib baik jadi. Tawakal je masa tu.



Kek hantaran. Di sponsor dan di bus-ekspresskan terus dari Kuala Kedah ke Kuala Lumpur. Cantik dan comel. Terima kasih Kak Cik dan Maksu.

Manisan (Macarons). Beli coupon kat Milkadeal RM12 for 12 pieces of french macarons. These macarons are from Piqa Bakery. I beli 24 pieces for hantaran. Great deal!



Buah-buahan. Maksu sponsor sebab kebetulan my cousin's friend kerja kat kedai borong buah-buahan. Kedai yang specially supply fresh fruits for hotels in KL. Murah, besar dan manis. Tiga hari makan grapes & strawberries tak sudah :)

Coklat. Ferrero Rocher dan Rondnoir beli masa DKSH buat stock clearance last March. All chocolates almost 50% off. Berbaloi-baloi.



Sejadah dan kain pelekat. Courtesy by Mama to her son-in-law.

Wallet & belt. I bought this wallet for his birthday in 2010. He insist tak nak guna dan nak jadikan hantaran. Jimat katanya :D



Perfumes. We opt for 2 perfumes instead of a set of perfume with body lotion, deodorant and whatnot.

Jam tangan.
Nasib baik En Shahril tak pilih neon color wristwatch.


Kemeja & jeans. En Shahril tak kerja office and his office wear more casual, shirt and jeans. So dia pilih jeans & kemeja untuk diletakkan atas dulang hantaran. Corak kotak-kotak tu memang favourite dia.

Kasut
. 'I tak pakai kasut leather hitam muncung tajam, boat shoes boleh eh?'




From him to her (9 trays):

Sirih junjung.


Wang hantaran, cincin dan mas kahwin. Terima kasih En Shahril for all of these. Love you long time <3

Kain telekung & kain ela. Courtesy by Mak to her daughter-in-law.



Buah-buahan. Dapat grapes and blackberry. Buah yang rare sikit, semua orang teringin nak rasa. One word. MASAM. Tapi grapes sedap, manis.

Kek. Kek lapis Sarawak pilihan Mak, dia tak nak kek yang berkrim/bertopping. Leceh nak bawak berjalan jauh. Simple dan sedap.



Perfumes. Kenapa sampai 3 perfumes? Sebab saya tak pakai body lotion, shower gel dan deodorant seperti yang selalu ada dalam gift set. Instead of gift set consist 1 perfume, 1 body lotion, 1 shower gel etc, I request for 3 perfumes. Sedikit mahal tapi tak membazir dan confirm pakai. Ini perfumes stock 3 tahun.

Kamera. Saya mintak yang comel, nipis dan handy (muat masuk handbag) tapi En Shahril nak jugak yang ini. Dia kata alang-alang nak beli, beli yang elok sikit. Hm, ye la tu. Bukan beli yang elok sikit, beli yang idaman hati dia rasanya ni. Haha.


Kasut & wallet. Thanks to my bff, Anna Banana sebab bagi pinjam address and tolong bawakan balik my Cara jeweled peep toe from US to KL.

Handbag. Handbag pilihan hati En Shahril. Rare katanya -_-


The end :)

4 comments:

LisaLisut said...

lisa likessssss :)

Nadia Hamdan said...

lisaaaaaaaaaa! haha. hows everything?

Cik Hazz said...

cantik all ur hantarans. waaah, larat you bgn kul 5 pagi. cantik sirih junjung tu! ;-)

Nadia Hamdan said...

Thanks Cik Hazz, my aunty byk tolong I. Laratttt? Nanti bila dah nak hari nikah, tidur pun tak lena Cik Hazz oi. Tu yg boleh bangun pukul 5am tu. Hihi