Wednesday, February 23, 2011

Ujian HIV {Melaka}

45 days to go...


Pilih Klinik Kesihatan yang berhampiran dengan rumah/tempat kerja. Dekat Melaka ada banyak klinik kesihatan, di Daerah Melaka Tengah je ada 2 Poliklinik dan 9 Klinik Kesihatan. Untuk senarai penuh, boleh tengok kat sini.

Prosidur ni tak lama sangat tapi tengok keadaan la. Kalau time cuti sekolah mungkin ramai tapi kalau hari biasa within an hour semua dah settle dah. Like me, instead of amik off day, I amik halfday je.. after Friday prayer terus ca alip bot pegi klinik :)

Mostly klinik buat ujian HIV everyday dari pukul 2pm - 4pm. (I called Klinik Kesihatan Ayer Molek, dorang buat test hari Isnin - Khamis je, Jumaat tak buat). Kat Melaka tak perlu buat appointment macam kat KL tapi digalakkan call dulu sebelum terjah sebab takut doktor cuti ke, doktor mesyuarat ke ape ke kan.


Kalau pergi Poliklinik Peringgit, terus pergi Kaunter 6.
Kalau pergi Poliklinik Ayer Keroh, terus pergi kaunter pembayaran.


Cakap nak buat HIV test, nanti dia bagi borang untuk di isi. Dah submit borang, then bayar RM1 kat kaunter.

Macam orang merantau macam saya ni, yang buat HIV test kat negeri lain (Contoh: Melaka) and nanti nikah kat negeri lain (Contoh: Selangor), dinasihatkan call pejabat agama negeri tempat yang nak nikah tu and tanya 'ada tak borang hiv test yang perlu digunakan or boleh pakai borang hiv test kat klinik tu je?'

Soalan ni abang yang kat kaunter pembayaran tu yang tanya. Dia cakap ada few cases yang kena buat HIV test balik sebab pejabat agama ada borang dia sendiri.

After buat bayaran, bawak borang dan nombor giliran terus pegi bilik yang ditetapkan.

First, pegi bilik prosidur untuk sesi kaunseling.
Second, pegi makmal untuk ambil darah.
Third, pegi bilik pemeriksaan untuk ambil result.

*Nanti dorang akan bagi tau nombor-nombor bilik yang kena pegi sebab contoh Poliklinik Ayer Keroh ada 14 bilik!*

Kat Poliklinik Ayer Keroh, kat luar setiap bilik rawatan/prosidur/pemeriksaan tu ada kotak untuk letak kad rawatan/borang pemeriksaan. SILA LETAK BORANG ANDA DALAM KOTAK YANG DISEDIAKAN sebab kalau tak letak borang, tunggu sampai esok pun, nombor korang tak kan di panggil.

Haritu masa I buat test, ada one couple registered after me tapi lepas I dah settle dengan bilik kedua (makmal) and tengah tunggu for result kat bilik ketiga, I tengok they still waiting for their number with the form on their hands! Aiyoo.

Dah dapat result dari bilik ketiga then pegi kaunter pembayaran balik and bagi borang kuning kat orang kaunter tu tadi. Nanti dia check one last time and if semua okay, dia return borang tu balik kat kita. Then semua settle.

Selesai!


No comments: