Thursday, February 17, 2011

Ujian HIV - Klinik Kesihatan di Melaka

51 days to go...



Uish, macam nak gila cari nombor telefon klinik kerajaan/kesihatan kat Melaka ni. Puas google tapi tak jumpa apa. Sabar je la. Lepas tu baru teringat nak buka website Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, haaa, terus jumpa senarai klinik-klinik kesihatan seluruh Negeri Melaka.

Call Poliklinik Ayer Keroh. Line asik engage je. Busy sangat ke?

Call Poliklinik Peringgit. Alhamdulillah, berjawab.



Waktu beroperasi:
Isnin - Khamis : 2.00pm - 4.30pm
Jumaat : 2.45pm - 4.00pm


Tak perlu buat appointment tapi digalakkan telefon klinik dulu sebelum nak pergi buat ujian sebab tadi saje call Klinik Kesihatan Ayer Molek, hari ni tak buat ujian sebab doktor ada mesyuarat petang nanti.



Insyallah, saya buat ujian esok.

No comments: