Monday, January 17, 2011

Makan tak ingat dunia

82 days to go...
Sabtu lepas balik KL kejap untuk uruskan hal-hal berkaitan hari besar. So, lepas kerja terus pergi Melaka Sentral sebab dah beli ticket pukul 3pm ke KL.

Sampai je Melaka Sentral mula-mula ingat nak tukar ticket naik bus pukul 2.30pm, sekali tengok orang beratur ramai. Terus pusing pergi cari Each-a-cup. Hehe. Akhirnya, dapat jugak passion fruit yogurt drink with pearl yang diidam-idamkan. Each-a-cup kat Melaka Sentral ni best sebab dia bagi pearl banyak.. tak payah nak mintak extra pearl.

Layan pearl yogurt drink sambil tunggu bus. Nikmat.

Sampai KL pukul 5pm, balik Melaka balik pukul 8pm keesokan harinya. Walaupun balik sehari tapi sempat settlekan kad kahwin, pergi jumpa designer, buat family meeting (1am-4am -_-) dan beli barang untuk guestbook table kat Ikea. Tapiii........ yang confusenya, short trip ni banyak sangat makan!!!

Sabtu
2.30pm - Each-a-cup Passion fruit yogurt drink with pearl
3.00pm - Naik bus pergi KL
5.00pm - Sampai Bukit Jalil
5.40pm - Sampai Solaris Dutamas
5.45pm - Tutti Frutti makan Chocolate & Raspberry froyo
6.10pm - Jumpa designer
7.45pm - Dinner with cousins at Bandariya makan Nasi Ayam Kampung
9.00pm - Pergi The Curve. Ticket wayang sold out!
9.30pm - Detour pergi The Apartment makan Eton Mess & Chocolate Mousse
12.00am - Pergi Selayang Indah
1.00am - Meeting kat Selayang Indah. Makan ayam goreng seketul! Orang lain makan nasi lemak kukus + ayam goreng panas
2.00am - Tidur sementara orang lain sambung meeting sampai pukul 4am

Ahad
7.30am - Bangun tidur & balik rumah
9.30am - Breakfast dgn En Shahril makan nasi lemak ayam madu
12.00pm - Pergi tailor kat Keramat
1.3opm - Pergi Jalan Brunei off Jalan Pudu tempah kad kahwin
4.00pm - Sampai Ikea terus beli karipap sedap 1/2 dozen
4.30pm - Share meatball, whole spring chicken and daim cake with En Shahril
8.30pm - Naik bus balik Melaka


Balik KL hanya untuk 24 jam tapi makan macam balik 3 hari!! Makan ayam je 4 kali T_T Macam mane nak kurus ni? Hari besar lagi 80 hari je lagi.

*nangis*

Kerana rasa bersalah melampau, hari ini saya puasa.

No comments: